Nelayan Sungai Haji Dorani mahukan nasib mereka dibela dengan menghalang bot-bot pukat harimau daripada memusnahkan ekosistem pesisir pantai.
Para nelayan di situ mahukan tindakan tegas daripada pihak berkuasa terutama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Perikanan dan juga pihak polis bagi mengelakkan periuk nasi mereka di pesisir pantai tidak musnah.
Mereka hanya mahukan hak mereka dikembalikan dan bot-bot pukat harimau itu boleh menangkap ikan di kawasan yang dibenarkan untuk mereka dan bukan di kawasan pesisir pantai.